NURRAYSA
Assalamualaikum semua...
Sihat ke hari ni? InsyaAllah, diharapkan semua sihat walafiat.
Nurraysa. Bila kita cakap tentang Nurraysa ni, ramai yang akan cakap " Apa Sa??" Betul tak? Haha. Kadang-kadang sampai anak-anak kecil pun tahu. Alhamdulillah, produk Nurraysa makin dikenali ramai terutamanya di kalangan wanita Islam. Tapi, jangan terkejut tau kalau Mak Jah cakap yang non-Muslim pun ramai yang pakai produk Nurraysa dan berpuas hati.
Dengan pelbagai 'marketing strategy' yang telah dilakukan oleh pihak HQ dan staf-staf yang banyak membantu termasuklah Monster Stokis, Stokis, Agent serta Dropship, jualan Nurraysa kini semakin meningkat.
Salah satu strategi jualan Nurraysa yang paling Mak Jah suka ialah iklan di televisyen. Siapa yang dah tengok iklan Nurraysa? Seronok ke seronok? 😝😝😝😝 Telatah Jaafar Onn dan Joey memang menghiburkan hati.
Apa yang Mak Jah nak tekankan di sini ialah 'MARKETING STRATEGY' memainkan peranan yang sangat penting untuk sesuatu produk. Iklan di FB, Instagram, Twitter dan banyak lagi media sosial yang lain turut membantu dalam meningkatkan jualan produk tau. Banyak lagi cara yang kita boleh lakukan untuk mempromosikan produk-produk kita selain beriklan di media sosial. Antaranya iklan di radio, membuat blog, packaging produk yang menarik dan macam-macam lagi.
Sampai di sini sahaja apa yang Mak Jah nak kongsi. Semoga kita dapat berjumpa lagi...
Sampai di sini sahaja apa yang Mak Jah nak kongsi. Semoga kita dapat berjumpa lagi...
Comments
Post a Comment