PENGASAS NURRAYSA - PUAN NUR AINI ZOLKEPELI
Assalamualaikum semuanyaaaaaa....
Pada hari Jumaat yang indah ini, Mak Jah nak bercerita serba sedikit tentang founder Nurraysa.
Founder Nurraysa iaitu Puan Nur Aini Zolkepeli ini baru sahaja berusia 25 tahun dan berasal dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak. Wahh..hebat kan. Pada usia yang begitu muda dan dalam kesibukan membesarkan anak-anak, beliau tetap menjadi wanita yang sangat berjaya. Bermula dari bawah di dalam bidang perniagaan serta dengan menggunakan modal yang kecil, beliau telah berjaya memperkenalkan produk Nurraysa ke seluruh negara. Nama 'Nurraysa' tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia terutamanya penggemar produk mesra wuduk.
Sebelum ini, syarikat Nurraysa iaitu Nurraysa Global Sdn. Bhd dikenali dengan nama "Nur Aini Beauty Collagen" telah ditubuhkan pada tahun 2012. Pada ketika itu, hanya satu jenis produk yang telah dikeluarkan iaitu 'Collagen Soap' dan kini, syarikat Nurraysa telah berjaya mengeluarkan 24 jenis produk yang terdiri daripada produk kosmetik dan produk penjagaan diri.
Puan Nur Aini kini telah mempunyai lebih 2,000 pengedar di seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Mesir dan Arab Saudi.
Haa..itulah serba sedikit tentang pengasas produk mesra wuduk Nurraysa ini. Didoakan semoga produk Nurraysa terus maju dan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Amin.
Okay lah, sampai di sini saja story Mak Jah tentang Puan Nur Aini Zolkepeli.
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI...
Comments
Post a Comment