TIPS MENCUCI MUKA DENGAN BETUL

Assalamualaikum semua. Hari ni Mak Jah nak bagi beberapa tips mencuci muka dengan betul. Kadang-kadang pakai macam-macam produk pun tak jadi apa. Ada yang makin teruk kulit tu. Duit dah beratus-ratus habis tapi masih tak elok. Jom kita baca apa yang boleh membantu kulit kita untuk pulih.



1) Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit.

Sebelum cuci muka, pastikan pencuci muka tersebut sesuai dengan jenis kulit. Jika sukar untuk mencari pencuci muka yang sesuai, dapatkan nasihat daripada pakar kulit untuk lebih yakin. Jangan guna sesuatu produk tanpa mengenalpasti keselamatan produk tersebut. 

2) Memakai skrub.

Memakai skrub 2-3 kali seminggu dapat membantu membuang sel-sel kulit mati pada wajah. Pilih skrub yang tidak terlalu kasar teksturnya supaya tidak menyakitkan kulit.

3) Menanggalkan mekap.

Ramai yang berpendapat bahawa dengan hanya mencuci muka sahaja mampu menanggalkan mekap pada wajah. Setiap individu perlu tahu bahawa mekap perlu dibuang dengan Makeup Remover terlebih dahulu sebelum mencuci muka supaya diyakini bersih.

4) Jangan sentuh muka dengan tangan yang kotor.

Kekotoran pada tangan sukar untuk dilihat. Oleh itu, pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu sebelum mencuci muka dan elakkan menyentuh wajah terlampau kerap.

5) Fokus pada bahagian tertentu.

Muka kita mempunyai Zon T di mana ia merangkumi dahi, pipi dan dagu. Kawasan ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk jerawat naik jika tidak dicuci dengan betul kerana ia merupakan kawasan yang memiliki banyak minyak.

6) Memakai pelembap.

Bagi anda yang selesa menggunakan 1-2 produk sahaja untuk kulit, disarankan memakai pencuci muka dan pelembap sahaja. Tidak semua individu sesuai untuk memakai pelbagai jenis produk dalam satu masa contohnya pencuci muka, toner, pelembap, krim siang, krim malam. 

7) Amalkan pengambilan makanan tambahan. 

Makanan tambahan seperti Vitamin C dan Serbuk Kolagen sangat digalakkan bagi individu yang mengalami masalah kulit kerana kebanyakan punca utama masalah kulit adalah berpunca daripada dalaman yang tidak sihat.

Sekian sahaja tips Mak Jah untuk kali ini. InsyaAllah, Mak Jah akan kongsikan tips lain pula di masa akan datang. Byee





Comments

Popular posts from this blog

PENGASAS NURRAYSA - PUAN NUR AINI ZOLKEPELI

MIRACLE SLIM CHOCO by NURRAYSA

EXCLUSIVE KABUKI BRUSH NURRAYSA