CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Assalamualaikum semua. Selamat petang. mula-mula Mak Jah nak  cakap sikit pasal cuaca. Cuaca di Pulau Pinang tidak berapa baik. Hujan yang berpanjangan serta banjir di beberapa tempat termasuk di kawasan kedai Nurraysa. InsyaAllah, ada hikmahnya. Semoga para pembaca mendoakan keselamatan kami di sini :)

Okay, hari ini Mak Jah nak beri beberapa tips bagaimana hendak hilangkan lingkaran gelap bawah mata. Sebelum itu, mari kita baca beberapa punca lingkaran gelap ini.

PUNCA LINGKARAN GELAP BAWAH MATA :

1) KURANG TIDUR

Tidur yang tidak mencukupi akan melambatkan perjalanan darah di bawah bahagian mata sehingga menyebabkan timbulnya kantung mata (eyebag) atau lingkaran gelap (dark circle).

2) FAKTOR USIA

Semakin meningkat umur seseorang, kolagen di dalam badan akan semakin berkurang dan nipis (macam buat hipotesis masa dekat sekolah pulak  >_<). Apabila kolagen berkurang, beberapa perubahan akan berlaku di sekitar muka.

3) ROKOK & ALKOHOL

Apabila seseorang itu menjalani kehidupan yang tidak sihat seperti menghisap rokok dan meminum minuman beralkohol, kesannya akan cepat nampak terutama di kawasan muka.

4) KEKURANGAN AIR PUTIH

Kekurangan air putih atau dehidrasi akan menyebabkan muka kelihatan kusam dan menimbulkan eyebag atau dark circle.

5) MELIHAT SKRIN KOMPUTER TERLALU LAMA
Ini adalah punca utama kenapa dark circle timbul. Di zaman teknologi, semakin ramai individu yang memerlukan telefon bimbit dan komputer sama ada untuk tujuan bekerja dan lain-lain. Jarak untuk melihat komputer pula terlampau dekat manakala tempohnya pula terlampau panjang.

6) STRESS

Semakin meningkat usia seseorang, semakin banyak masalah yang timbul. Biasalah, masalah keluarga, masalah kawan-kawan, masalah di tempat kerja. Apabila kita stress, bukan sahaja memberi kesan kepada muka, malah tubuh badan.

Okay, dah tahu kan punca lingkaran gelap ni? Seterusnya, mari kita lihat pula CARA HILANGKANNYA.

1) TIDUR YANG MENCUKUPI

Kerja, kerja jugak. Kesihatan kena utamakan dulu. Pastikan anda mempunyai waktu tidur yang tetap. Tidur sekuarang-kurangnya 6 jam sehari. Bukan sahaja eyebag atau dark circle boleh hilang, malah badan pun semakin cergas untuk melakukan kerja-kerja harian. 

2) AMALKAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT

Supplement atau makanan tambahan ini sememangnya baik untuk kesihatan. Seeloknya, rujuk doktor pakar terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana supplemet harian. Individu-individu yang berusia pula sangat digalakkan mengambil supplement untuk kesihatan diri.

3) ELAKKAN KEHIDUPAN YANG TIDAK SIHAT

Elakkan pengambilan rokok dan alkohol kerana semua sudah sedia maklum, dua benda ini tidak mendatangkan apa- apa kebaikan. Selain itu, kurangkan juga minum minuman berkafein dan air gas. Air berkafein dan minuman bergas ni memang sedap tapi tak baik untuk kesihatan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

4) MINUM BANYAK AIR PUTIH

Elakkan minum air putih yang telah diletak ais ketul. Lebihkan minum air suam sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari dan elakkan minum air 1 hingga 2 jam sebelum tidur.

5) HINDARI MATA DARIPADA MENATAP SKRIN TERLALU LAMA

Setiap 30 minit, alihkan pandangan mata anda kepada sesuatu yang berkonsepkan kehijauan seperti tumbuh-tumbuhan kerana oksigen akan membantu merehatkan mata anda sekaligus dapat menenangkan diri.

6) ATASI MASALAH DENGAN CARA YANG BETUL

Atasi masalah yang dihadapi dengan mencari jalan penyelesaian yang betul. Tenangkan diri supaya minda dapat berfikir dengan baik.

7) MASK

Pelbagai bahan-bahan di rumah boleh dijadikan mask. Contohnya ubi kentang, timun, tomato dan uncang teh. Untuk ubi kentang, timun dan tomato, potong nipis dan letakkan pada bahagian mata selama 15 - 20 minit. Uncang teh yang telah digunakan pula jangan dibuang. Letakkan uncang teh tersebut pada bahagian mata dan mata anda akan berasa segar. 

8) KRIM MATA

Amalkan pemakaian krim mata yang selamat untuk mata anda. Rujuk ahli farmasi ataupun doktor sebelum membeli mana-mana produk. Lebih digalakkan jika krim mata tersebut mengandungi Vitamin C & E.

Membantu tak entri Mak Jah kali ni? Tips-tips di atas hendaklah diamalkan selalu ye. Cuba sekali dua memang tak jalan 😁😁😁

InsyaAllah, semoga berjumpa lagi nanti. Byeeee





Comments

Popular posts from this blog

PENGASAS NURRAYSA - PUAN NUR AINI ZOLKEPELI

MIRACLE SLIM CHOCO by NURRAYSA

EXCLUSIVE KABUKI BRUSH NURRAYSA