SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk semua.


Hujan lebat kat kawasan Mak Jah ni. Semoga hujan ini adalah hujan yang membawa manfaat. 

Kita digemparkan baru-baru ini dengan kejadian kebakaran di pusat tahfiz iaitu Pusat Tahfiz Darul Qur'an Ittifaqiyah di Datuk Keramat. Kejadian ini telah meragut lebih daripada 20 nyawa. Mak Jah pasti ramai yang terkesan apabila mendengar berita ini. Dekat sini tidak perlu berbalah tentang siapa salah, siapa benar. Ada yang dengar cerita pusat tahfiz tersebut tiada ciri-ciri kelamatan yang lengkap dan sebagainya. Pihak pusat tahfiz tersebut sudah semestinya sangat sedih kerana anak-anak syurga yang mereka didik telah dijemput mengadap Ilahi. Kita sebagai netizen janganlah menuding jari sebaliknya berikan semangat untuk mereka mendidik lebih ramai pelajar di masa hadapan. Mereka yang telah pergi itu sudah semestinya sedang tersenyum sekarang kerana mereka adalah ahli syurga. InsyaAllah ahli keluarga mereka juga. Jika ada kesalahan yang berlaku di pusat tahfiz, jadikan iktibar.  

Ada juga yang agak kurang sensitif dengan insiden ini kerana menyebarkan video ketika kanak-kanak di pusat tahfiz itu menjerit meminta tolong. Jagalah perasaan ahli keluarga mereka. Ambil pengajaran daripada kritikan nitizen supaya lebih peka dengan kesedihan yang ahli keluarga alami. Kepada tenaga pengajar di pusat tahfiz dan juga ahli keluarga, semoga bersabar dan tabah. Pahala yang besar menanti untuk orang-orang yang sabar. Guru-guru itu InsyaAllah mendapat ganjaran yang hebat kerana telah mendidik kanak-kanak tersebut mengenal Islam. Kepada masyarakat sekeliling, peka dan jaga perasaan ahli keluarga dan tenaga pengajar agar tidak mengeluarkan tuduhan palsu. Mereka sedang bersedih, jangan kita tambah lagi kesedihan mereka. 

Salam Takziah dari Mak Jah dan keluarga Nurraysa. 

Wahai anak-anak syurga, damailah engkau di sana bersama Yang Maha Esa. Hujan yang turun ibarat menangisi pemergian anda. 




Comments

  1. casino bonus - Dr. Dr.md
    Casino bonus · 안성 출장샵 1. Deposit the money you 도레미시디 출장샵 deposited as 하남 출장샵 a first deposit at a casino · 2. Make your first 부천 출장샵 casino deposit 부천 출장마사지 with your first two deposit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGASAS NURRAYSA - PUAN NUR AINI ZOLKEPELI

MIRACLE SLIM CHOCO by NURRAYSA

EXCLUSIVE KABUKI BRUSH NURRAYSA