REZEKI. BERSYUKUR ATAU TIDAK?


Assalamualaikum pembaca blogger sekalian :) Buat apa tu? Mungkin ada yang bekerja, ada yang tengah memasak, jaga anak, tengok TV. Ke TV yang tengok kita? Hahaha. Normal la tu kalau TV tengok kita kan.

Hari ni Mak Jah nak lari tajuk sekejap dari produk Nurraysa. Kemungkinan apa yang Mak Jah bagitau sama dengan penulis lain tapi kira kita berkongsi ilmu lah ye :)

Pada abad di mana duit adalah segala-galanya ini, mesti semua tengah pening kepala kan? Hutang PTPTN, nak beli rumah, bayar duit kereta, minyak kereta, barang dapur, anak-anak lagi. Kalau nak diikutkan, banyak mana pun duit kita ada, mesti tak cukup. Makin banyak duit kita dapat, makin banyak pulak nak dibayarnya. 


Berdasarkan sedikit intro di atas, agak-agak dapat tak teka apa yang Mak Jah nak cerita hari ini? Haa..hari ni Mak Jah nak cerita pasal rezeki dan mungkin Mak Jah akan bagi beberapa tips untuk menjemput rezeki. Kalau cakap pasal rezeki, automatik kita fikir pasal DUIT. DUIT. DUIT. Normal la tu manusia, yang tinggi nafsunya terhadap kekayaan. Dalam kita tak sedar, bukan duit sahaja dimaksudkan dengan rezeki. Kalau nak cakap pasal rezeki yang Allah bagi ni, sampai esok pun tak habis cerita kan. Dilahirkan dalam Islam itu adalah rezeki yang sangatlah hebat. Sihat tubuh badan, masih mempunyai ibu dan ayah, ada adik-beradik, ada anak, ada rumah walaupun tak lah seluas istana, ada suami atau isteri yang sangat menghormati diri kita, ada pekerjaan yang baik, ada kawan yang sentiasa bersama dan banyak lagi lah. Itu semua dinamakan rezeki. Rezeki Allah tu luas. Tapi, kita yang manusia ni, bersyukur ke tidak? 



Bangun pagi, Alhamdulillah masih bernafas. Ada yang tak bangun dah. Setiap saat yang Allah bagi itu ialah rezeki. Jangan sia-siakan. Balik kepada contoh-contoh rezeki yang Mak Jah bagitau tadi. Jika kita ada salah satu daripada senarai tersebut, bersyukurlah. Kenapa kena bersyukur? Kita sihat je lagi, boleh pergi kerja macam biasa. Orang lain yang masih muda ada yang dah ditimpa sakit, kemalangan dan sebagainya sampai tak boleh bangun. Masih ada ibu dan ayah lagi, ada adik-beradik, ada anak-anak itu satu nikmat yang sangat besar. Tapi macam mana hubungan kita dengan mereka? Berapa kali pergi tengok mak ayah dekat kampung? Berapa kali telefon dalam seminggu?  Kalau adik-beradik dalam kesusahan, kita tolong ke tidak? Sedangkan sesama jiran pun kena jaga silaturrahim, inikan pula dengan keluarga sendiri. Ada rumah untuk berteduh dari panas dan hujan, bukankah itu juga nikmat yang sangat besar? Ataupun nikmat ini hanya diimpikan oleh orang yang tiada tempat berteduh?  

Kawan pulak macam mana? Dapat kawan yang sangat menghormati dan sentiasa bersama susah dan senang itu juga salah satu rezeki. Kalau kita rasa kita ni takda kawan yang betul-betul boleh dipanggil kawan, kenapa tidak kita sendiri berusaha menjadi kawan yang baik? InsyaAllah, orang yang baik akan dikelilingi dengan orang yang baik-baik. 


Itu adalah beberapa contoh rezeki yang kita boleh lihat sendiri di sekeliling kita. Bukan duit sahaja ye :)

Nak dimurahkan rezeki tak susah. Ni ada beberapa tips yang Mak Jah nak bagitau :)

1) Sentiasa solat awal waktu, baca Al-Qur'an, solat sunat Dhuha dan solat sunat lain (khusyuk ketika ibadah). Lupakan soal dunia sekejap. Ini waktu kita dengan Allah.

2) Jaga hubungan sesama manusia. Buang tanggapan "biarlah orang nak cakap apa pun, jaga hubungan dengan Allah dah cukup"

Buang jauh-jauh ye. Macam mana nak jaga hubungan dengan Allah sedangkan kita tidak jaga perasaan manusia? Allah tak suka ye benci-membenci ni. Lagi-lagi sesama Islam. Kalau ada buat silap dengan manusia, minta maaf cepat-cepat. Buang ego tu. InsyaAllah, Allah akan redha dengan kita.

3) Bersedekah tak kira sikit atau banyak. What you give, you get back. Cuma pulangan atau ganjaran yang Allah nak bagi tu, cepat atau lambat. Kalau tak di dunia, InsyaAllah di akhirat.
Bersedekah pun bukan bermaksud duit sahaja. Makanan, ilmu dan senyum itu juga satu sedekah.

4) Tinggalkan maksiat. Jaga mata, jaga mulut, jaga telinga, jaga mulut, jaga hati, jaga mulut lagi, jaga aurat dan pergaulan. Kenapa kena banyak jaga mulut? Sebab mulut pot pet pot pet tu la punca pahala kurang. Takda benda nak cakap, diam je. Nak cakap jugak, cakap benda baik-baik. Tak payah la nak pegi dekat jiran sebelah rumah waktu-waktu lapang lepas tu " Wei Senah (bukan nama sebenar), aku bukanlah nak mengumpat, tapi kau tau tak....." Udah-udah le tu. Dok rumah, tengok TV.  Tak payah nak tutup kesalahan dengan  menggunakan ayat "aku bukanlah nak mengumpat..." Dah memang akan jadi mengumpat pun.

5)  Berusaha dan tawakkal. Allah sebaik-baik perancang. Nak hidup senang, nak kaya semua mintak dengan  Allah. Yang penting, usaha dan doa. Selebihnya serah dekat Dia.

6) Bersyukur. Ni penting. Selagi tak dapat apa yang kita mintak, selagi tu tak bersyukur. Tak ucap 'Alhamdulillah'. Rezeki yang ada depan kita tu, tak semua orang dapat. Banyak-banyaklah bersyukur ye.

Okay, macam mana post Mak Jah kali ni? InsyaAllah, semoga dapat memberi sedikit ilmu dan nasihat kepada semua. Mak Jah doakan semoga semua orang dimurahkan rezeki :)



Comments

Popular posts from this blog

PENGASAS NURRAYSA - PUAN NUR AINI ZOLKEPELI

MIRACLE SLIM CHOCO by NURRAYSA

EXCLUSIVE KABUKI BRUSH NURRAYSA