KELEBIHAN AIR MINERAL


Assalamualaikum. Hello semuaaaa. Macam mana hari Isnin ni? Suram ke? Happy ke?

Mak Jah macam biasalah. Happy sentiasa >_< Petua awet muda la katakan

Hari ni Mak Jah nak bagi info sikit. Sikit je. Agak-agak tentang apa? Okay, hari ni Mak Jah nak cerita pasal kelebihan air mineral. Tajuk hari ni simple tapi sangat berguna. Umum sudah pun tahu bahawa air mineral ni sangatlah penting dalam kehidupan seharian dan kalau kekurangan air mineral ni boleh menyebabkan banyak penyakit yang tidak diingini.

Air mineral hendaklah diminum 6 - 8 gelas sehari. Sebenarnya info ni ramai dah yang tahu pasal kebaikan air mineral ni tapi entah kenapa ramai jugak yang tak amalkan 😓😓😓😓😓😓😓

Haa... jom kita baca kelebihan-kelebihan air mineral ni.






1. Memantapkan metabolisma
Mengambil air mineral selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.


 2. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

 3. Melembutkan kulit secara semulajadi
  Haa..ni mesti kakak-kakak, mak cik-mak cik semua suka. Nak tahu tak, bila kita tengok orang-orang yang kulit cantik ni, dia bukannya setakat guna produk untuk muka dan badan ataupun makan supplemet sahaja ye. Mereka juga amalkan meminum air mineral yang mencukupi.
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segar.  Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.



4. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air mineral yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air mineral semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air. 



5. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan.



6. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air mineral kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
 Jadi, janganlah takut untuk minum air mineral ni sebab sememangnya air ini tiada kalori dan tidak akan menggemukkan. 


Ingat ye semua, badan kita sendiri, kita kena jaga. Dengan cuaca yang tidak menentu, emosi yang kadang-kadang tidak stabil akan membuatkan kita nampak kurang bermaya dan fikiran jadi kusut. Jalani kehidupan dengan tenang dang amalkan meminum air yang mencukupi supaya kita sentiasa sihat dan mampu menjalani aktiviti harian dengan lebih bertenaga.

AMALKAN SELALU :)

Comments

Popular posts from this blog

PENGASAS NURRAYSA - PUAN NUR AINI ZOLKEPELI

MIRACLE SLIM CHOCO by NURRAYSA

EXCLUSIVE KABUKI BRUSH NURRAYSA