HALFEST ASEAN - SEE YOU NEXT YEAR
Assalamualaikum. Lama Mak Jah tak update blog. Rindu ke?? Huhuhu
Siapa ingat lagi minggu lepas Mak Jah ada jemput hadir beramai-ramai ke Halfest Asean 2017? Siapa yang pergi tu memang beruntung sangat2. Kenapa Mak Jah cakap untung? Sebab, 30 pembeli terawal dapat percuma minyak wangi dari jenama Nurraysa. Huii, free tu. Siapa yang masih ada di Halfest tersebut pada hari Sabtu hingga waktu malam pula berpeluang berjumpa dengan founder Nurraysa sendiri iaitu Puan Nur Aini Zolkepeli. Wah!! Bestnyaa!!!
Siapa yang tak dapat hadir ke Halfest tu, takpa. Tahun depan masih ada lagi peluang untuk anda ke sana. Antara aktiviti yang terdapat di Halfest Asean 2017 adalah sesi memasak bersama dua orang tukang masak yang sangat hebat, pelancaran produk, cabutan bertuah dan produk-produk yang terdapat di Halfest Asean 2017 ini juga dijual dengan harga yang sangat murah. Memang rambang mata tauu.
Sambutan jualan di booth Nurraysa pada hari tersebut memang sangat hebat ditambah pula lokasi booth Nurraysa sangat strategik iaitu di hadapan pentas membuatkan para pengunjung mudah untuk melihat dan berkunjung ke booth kami. Apa-apa pun, Halfest Asean ini memang platform yang baik untuk memperkenalkan produk-produk Muslim. InsyaAllah, next time Mak Jah akan upload pula gambar-gambar di Halfest Asean tersebut.
Kalau sambutan memang seronok macam ni, InsyaAllah setiap tahun Nurraysa akan take part dalam Halfest Asean.
HALFEST ASEAN 2018 - SEE YOU NEXT YEAR
Comments
Post a Comment