COLLAGEN SOAP NURRAYSA

Hai dan assalamualaikum semua. Hari ni Mak Jah nak bagitau pasal Collagen Soap dari Nurraysa dan cara penggunaannya.

Sebelum itu, Mak Jah nak bagitau kepada semua yang baru nak mencuba produk-produk Nurraysa, seeloknya janganlah berhenti terus dari menggunakan produk wajah yang lama sebaliknya berhenti secara perlahan-lahan. Contohnya, jika sebelum ini anda cuci wajah sebanyak tiga kali sehari, kurangkan kepada dua kali atau satu kali sehari. Kemudian, biarkan wajah tanpa menggunakan sebarang produk dalam tempoh tiga hari hingga tujuh hari. Ini adalah supaya kulit anda dapat dineutralkan kembali sebelum menggunakan produk baru. Tetapi, amatlah digalakkan supaya menggunakan Collagen Soap sahaja dahulu sebelum menggunakan produk-produk lain seperti Treatment Serum, Miracle Whitening Spray, UV Cream ataupun Argan Whitening Moisturizer. Kenapa Mak Jah cakap pakai Collagen Soap je dulu? Kenapa tak cadangkan beli satu set je terus? Mak Jah tak nak untung ke? Hui..hui..hui..

Tuan-tuan, puan-puan  dan hadirin sekalian. Bayangkan ye bila kita baru mula kerja ataupun berubah tempat kerja, tiba-tiba dapat kerja yang bertimbun-timbun dan tak pernah pun tahu cara nak buat kerja tu, tak ke serabut? Macam tu jugak kulit kita. Tiba-tiba nak cuba produk baru, dah kena proses tiga hingga empat jenis produk dalam satu masa, tak ke rosak kulit tu? Haa.. faham ke idok? Biar la kita slow-slow pakai sesuatu produk itu asalkan hasil dia memuaskan. 

Okay, cara penggunaan untuk Collagen Soap ni tak susah pun. Cuci muka tiga kali sehari , sapukan buih-buih sabun di wajah, biarkan 1-2 minit, kemudian bilas sehingga bersih. Haa.. senang je kan?

Mak Jah juga ada berita gembira ni. Memandangkan kita bakal menyambut bulan kemerdekaan negara kita, pihak  Nurraysa telah membuat promosi dari 25 Julai 2017 hingga 31 Ogos 2017. Salah satu promosi yang laku keras tentunya Collagen Soap ini. Berapa harganya???? Hanya RM 29.90 sahaja!!!! RM 29.90!!! Murah dan sangat murah kan :)

Okaylah, sampai sini sahaja bebelan Mak Jah kali ni. Semoga kita dapat berjumpa lagi


Comments

Popular posts from this blog

PENGASAS NURRAYSA - PUAN NUR AINI ZOLKEPELI

MIRACLE SLIM CHOCO by NURRAYSA

EXCLUSIVE KABUKI BRUSH NURRAYSA